Tuesday, July 21, 2009

Anugerah SENIMAN AGUNG untuk P. RAMLEE memang tepat & wajar

Ramai para seniman tanahair kini sering membangkitkan isu2 atau ungkapan2 gelaran 'seniman agung' untuk para seniman yg dah mencapai kejayaan dan pengalaman (lebih2 lagi golongan seniman veteran). Tapi mereka tidak boleh membuat ukuran sebegitu .... itu bukan 'benchmark' atau 'kayu ukur' untuk mencapai kepada tahap seperti apa yang pernah di kecapi dan penerimaan masyarakat dengan sambutan hangat dan hebat terhadap kehebatan Seniman Agung P. Ramlee. Gelaran penghormatan 'Seniman Agung' bukan hanya sekadar pengalaman menjadi ahli seni .... sama ada dalam bidang lakunan atau nyanyian atau sebagainya .... dan bukan hanya sekadar berjaya (successful) pada hanya dalam bidang nyanyian atau lakunan atau pelawak atau penghibur sahaja ....... malah ia lebih dari itu.

Topik Fenomena Seni minggu ini agak lain dari yang selalu diadakan. Kenapa di fokus kan kepada penyanyi Jamal Abdillah pula? Apa Fenomena Seni sudah kekeringan idea atau modal untuk dibawa berbincang. Fenomena Seni adalah satu forum wawancara mengenai hal ehwal seni in general - tidaklah hanya tumpuan kepada seseorang individu seni seperti apa yang berlaku tadi malam. Ini pula mengenai hal peribadi Jamal Abdillah pula jadi topik perbincangan oleh dua orang sahaja (kali ini). Itupun tuan punya badan sendiri (iaitu Jamal sendiri) yang dijemput sebagai ahli panel bersama seorang lagi panel jemputan (wartawan hiburan dari kumpulan akhbar Berita Harian/HarianMetro - tak pasti pula akan namanya dan dari akhbar yg mana satu). Kalau nak dijadikan ini suatu promosi untuk sesuatu konsert amal atau sebagainya oleh seseorang individu seni (seniman) - tidak sepatutnya pihak TV1 memasukkan kedalam slot forum yang mengendalikan bual-bicara (talk-show). Ini sudah lari dari maksud dan tujuan asas.

Tentang salahguna penggunaan istilah 'Seniman Agung' yang selalu sangat Rosyam Nor selaku pengerusi forum Fenomena Seni ghairah sangat mengaplikasikan kepada setiap individu seni sebagai 'seniman agung' nampaknya sudah menyimpang atau terpesong dari maksudnya. Apakah ada maksud atau tujuan dan niat tersembunyi si Rosyam Nor untuk diwar-warkan kepada umum agar diterimapakai oleh semua terhadap setiap individu seni yang bergelar seniman semuanya 'seniman agung' belaka?

Apakah pengertian baginya tentang erti atau maksud 'seniman agung' seperti yang pernah diberi kepada Allahyarham P. Ramlee? Mungkin dia hanya sedar gelaran penghormatan itu hanya diangkat oleh pihak media sahaja. Tidak lebih dari itu. Jadi tidak ada nilai dalam ertikata sebenarnya? Namun dia harus ingat dan harus sedar tentang penerimaan masyarakat seluruhnya dari beberapa peringakat generasi sejak zaman di tahun2 50an lagi tentang penerimaan P. Ramlee sebagai seniman yang diminati dan dikagumi oleh semua lapisan umur di semua golongan kaum dan berbilang bangsa.

Itulah justifikasinya satu2nya penghormatan yang amat berharga bagi seniman Allahyarham P.Ramlee dengan gelaran 'Seniman Agung' kerana sifat 'versatility' nya dalam pelbagai bidang dan cabang seni ...... dan beliau 'excel' dalam setiap bidang yang diceburinya. 'Excel' disini bermaksud ... menyerlah dengan cemerlangnya lagi gemilang terhadap sambutan dan penerimaan menyeluruh bagi seluruh lapisan masyarakat berbilang bangsa dari generasi ke generasi dari zaman hidupnya hingga ke zaman selepas kematiannya. Ini tidak terdapat dan tidak berlaku pada sebarang individu seni kini. Dan tidak mungkin berlaku. Tidak akan berlaku.

Sungguhpun ada individu seni sering mewar-warkan yang dirinya kini sudah ada banyak "pe" - maksudnya penyanyi, pelakun, penghibur, pengarah, pencipta lagu, penulis lirik, penulis skrip, penerbit filem/drama/album dan sebagainya - tapi adakah mereka2 (individu2 seni) yg cuba untuk menunjukkan betapa "versatile" nya mereka itu benar2 menyerlah dan cemerlang dalam setiap yang di kendalikan mereka seperti seniman agung P. Ramlee?

Si M.Nasir tu? Jamal Abdillah? Sudirman? Rosyam Nor? dan lain2 semua tu .... apa ada?
Mereka hanya menyerlah pada satu genre atau bidang seni saja ....... kita tidak boleh menganggap mereka2 yang tersebut tu punya berketokohan sebagai seorang yang "versatile".

Bezanya kehebatan Seniman Agung P. Ramlee ini ialah - beliau bukan sahaja "versatile" tetapi banyak hasil kerjaseninya (artworks) dalam bentuk berbagai2 iaitu "varieties" .... baik dalam persembahan lagu nyanyian, bidang penciptaan/gubahan/penulisan muzik, lakonan dan pengarahan filem (termasuklah dialog dan kata2 ungkapannya yang menjadi ikutan semua). Semuanya menyerlah .... kalau dalam bidang seni lagu ..... bukan hanya satu atau dua atau tiga sahaja yang menyerlah .... malah cukup banyak. Begitu juga dengan bidang2 lain ..... dan itu juga bukan dalam satu jenis atau bentuk .... malah berbagai2 .... varieties .... dgn mendapat sambutan hebat lagi .... iaitu penerimaan di semua pihak dan peringkat. Kesemuanya boleh diklasifikasikan sebagai "Cemerlang, Gemilang & Terbilang".

Adakah individu2 seni kini (yang dikatakan seniman sekarang ini) berada ditahap seperti apa yang telah dikecapi oleh P. Ramlee? Bayangkan 'duration' atau jarak masa penglibatan seni P. Ramlee di persada seni semasa hayatnya secara formalnya mengambil masa kira2 hanya sekadar lebih kurang 23 tahun sahaja. Ini diambilkira penglibatannya dan bermulanya bintang yang mula menyinar (sign of a shining star) dari tahun 1950 sehinggalah 1973. Bayangkan betapa punya banyak bidang yang beliau menyerlah (excel) dalam masa yang singkat sahaja. Itu yang di katakan "versatile" plus "varieties" dan pula penerimaan ditahap sepanjang zaman. Dan boleh dianggap sebagai "Man For All Seasons".

Memang amat bersesuaian gelaran 'Seniman Agung' untuk beliau. Beliau sememangnya berhak dengan gelaran "Seniman Agung" (walaupun tidak ada pengiktirafan secara resmi sama ada dari pihak media atau pun kerajaan atau pun badan2 persatuan seni atau sebagainya. Penghormatan gelaran 'Seniman Agung' untuk beliau bukan hanya sekadar beliau hanya cemerlang (excel) dalam bidang seni lakunan sahaja. Akan tetapi beliau adalah seorang seniman yang lebih dari sebarang seniman yang ada dan yang pernah wujud dimuka bumi Malaysia ni - baik dulu maupun kini. Beliau bukan hanya boleh menyanyi sahaja .... bukan hanya popular dengan hanya satu dua lagu sahaja atau satu jenis rentak sahaja tetapi tiap2 lagu beliau mendapat tempat dihati semua peringkat umur. Keterampilan beliau dalam bidang seni suara (dgn suaranya yg lemak merdu) amat menyerlah sekali dalam apa saja bentuk nyanyian - dalam pelbagai genre baik lagu2 berirama suka duka asli keroncong lawak-jenaka dan berbagai2 lagi (lihat sajalah lagu2 yang di dapati dari filem2 beliau). Ini tidak ada pada artis2 kita yang juga popular kini.

Kalau seniman Jamal Abdillah juga seorang seniman yang hebat dan sangat popular .... tetapi dia hanya excel dalam bidang nyanyian sahaja .... maka tidaklah wajar diberi gelaran 'seniman agung' kepada beliau .... wahai Rosyam Nor. Kerana sifat 'agung' atau 'sesuatu yang agung' atau sifat 'keagungan' itu merangkumi sesuatu yang menyeluruh dan kesemuanya menyerlah dan hebat2 belaka ... iaitu semuanya cemerlang dan gemilang ... dan mempengaruhi segenap lapisan masyarakat dan dari generasi ke generasi sepanjang zaman .... barulah boleh di anggap sesuatu itu bersifat 'agung'.