Tuesday, July 21, 2009

Anugerah SENIMAN AGUNG untuk P. RAMLEE memang tepat & wajar

Ramai para seniman tanahair kini sering membangkitkan isu2 atau ungkapan2 gelaran 'seniman agung' untuk para seniman yg dah mencapai kejayaan dan pengalaman (lebih2 lagi golongan seniman veteran). Tapi mereka tidak boleh membuat ukuran sebegitu .... itu bukan 'benchmark' atau 'kayu ukur' untuk mencapai kepada tahap seperti apa yang pernah di kecapi dan penerimaan masyarakat dengan sambutan hangat dan hebat terhadap kehebatan Seniman Agung P. Ramlee. Gelaran penghormatan 'Seniman Agung' bukan hanya sekadar pengalaman menjadi ahli seni .... sama ada dalam bidang lakunan atau nyanyian atau sebagainya .... dan bukan hanya sekadar berjaya (successful) pada hanya dalam bidang nyanyian atau lakunan atau pelawak atau penghibur sahaja ....... malah ia lebih dari itu.

Topik Fenomena Seni minggu ini agak lain dari yang selalu diadakan. Kenapa di fokus kan kepada penyanyi Jamal Abdillah pula? Apa Fenomena Seni sudah kekeringan idea atau modal untuk dibawa berbincang. Fenomena Seni adalah satu forum wawancara mengenai hal ehwal seni in general - tidaklah hanya tumpuan kepada seseorang individu seni seperti apa yang berlaku tadi malam. Ini pula mengenai hal peribadi Jamal Abdillah pula jadi topik perbincangan oleh dua orang sahaja (kali ini). Itupun tuan punya badan sendiri (iaitu Jamal sendiri) yang dijemput sebagai ahli panel bersama seorang lagi panel jemputan (wartawan hiburan dari kumpulan akhbar Berita Harian/HarianMetro - tak pasti pula akan namanya dan dari akhbar yg mana satu). Kalau nak dijadikan ini suatu promosi untuk sesuatu konsert amal atau sebagainya oleh seseorang individu seni (seniman) - tidak sepatutnya pihak TV1 memasukkan kedalam slot forum yang mengendalikan bual-bicara (talk-show). Ini sudah lari dari maksud dan tujuan asas.

Tentang salahguna penggunaan istilah 'Seniman Agung' yang selalu sangat Rosyam Nor selaku pengerusi forum Fenomena Seni ghairah sangat mengaplikasikan kepada setiap individu seni sebagai 'seniman agung' nampaknya sudah menyimpang atau terpesong dari maksudnya. Apakah ada maksud atau tujuan dan niat tersembunyi si Rosyam Nor untuk diwar-warkan kepada umum agar diterimapakai oleh semua terhadap setiap individu seni yang bergelar seniman semuanya 'seniman agung' belaka?

Apakah pengertian baginya tentang erti atau maksud 'seniman agung' seperti yang pernah diberi kepada Allahyarham P. Ramlee? Mungkin dia hanya sedar gelaran penghormatan itu hanya diangkat oleh pihak media sahaja. Tidak lebih dari itu. Jadi tidak ada nilai dalam ertikata sebenarnya? Namun dia harus ingat dan harus sedar tentang penerimaan masyarakat seluruhnya dari beberapa peringakat generasi sejak zaman di tahun2 50an lagi tentang penerimaan P. Ramlee sebagai seniman yang diminati dan dikagumi oleh semua lapisan umur di semua golongan kaum dan berbilang bangsa.

Itulah justifikasinya satu2nya penghormatan yang amat berharga bagi seniman Allahyarham P.Ramlee dengan gelaran 'Seniman Agung' kerana sifat 'versatility' nya dalam pelbagai bidang dan cabang seni ...... dan beliau 'excel' dalam setiap bidang yang diceburinya. 'Excel' disini bermaksud ... menyerlah dengan cemerlangnya lagi gemilang terhadap sambutan dan penerimaan menyeluruh bagi seluruh lapisan masyarakat berbilang bangsa dari generasi ke generasi dari zaman hidupnya hingga ke zaman selepas kematiannya. Ini tidak terdapat dan tidak berlaku pada sebarang individu seni kini. Dan tidak mungkin berlaku. Tidak akan berlaku.

Sungguhpun ada individu seni sering mewar-warkan yang dirinya kini sudah ada banyak "pe" - maksudnya penyanyi, pelakun, penghibur, pengarah, pencipta lagu, penulis lirik, penulis skrip, penerbit filem/drama/album dan sebagainya - tapi adakah mereka2 (individu2 seni) yg cuba untuk menunjukkan betapa "versatile" nya mereka itu benar2 menyerlah dan cemerlang dalam setiap yang di kendalikan mereka seperti seniman agung P. Ramlee?

Si M.Nasir tu? Jamal Abdillah? Sudirman? Rosyam Nor? dan lain2 semua tu .... apa ada?
Mereka hanya menyerlah pada satu genre atau bidang seni saja ....... kita tidak boleh menganggap mereka2 yang tersebut tu punya berketokohan sebagai seorang yang "versatile".

Bezanya kehebatan Seniman Agung P. Ramlee ini ialah - beliau bukan sahaja "versatile" tetapi banyak hasil kerjaseninya (artworks) dalam bentuk berbagai2 iaitu "varieties" .... baik dalam persembahan lagu nyanyian, bidang penciptaan/gubahan/penulisan muzik, lakonan dan pengarahan filem (termasuklah dialog dan kata2 ungkapannya yang menjadi ikutan semua). Semuanya menyerlah .... kalau dalam bidang seni lagu ..... bukan hanya satu atau dua atau tiga sahaja yang menyerlah .... malah cukup banyak. Begitu juga dengan bidang2 lain ..... dan itu juga bukan dalam satu jenis atau bentuk .... malah berbagai2 .... varieties .... dgn mendapat sambutan hebat lagi .... iaitu penerimaan di semua pihak dan peringkat. Kesemuanya boleh diklasifikasikan sebagai "Cemerlang, Gemilang & Terbilang".

Adakah individu2 seni kini (yang dikatakan seniman sekarang ini) berada ditahap seperti apa yang telah dikecapi oleh P. Ramlee? Bayangkan 'duration' atau jarak masa penglibatan seni P. Ramlee di persada seni semasa hayatnya secara formalnya mengambil masa kira2 hanya sekadar lebih kurang 23 tahun sahaja. Ini diambilkira penglibatannya dan bermulanya bintang yang mula menyinar (sign of a shining star) dari tahun 1950 sehinggalah 1973. Bayangkan betapa punya banyak bidang yang beliau menyerlah (excel) dalam masa yang singkat sahaja. Itu yang di katakan "versatile" plus "varieties" dan pula penerimaan ditahap sepanjang zaman. Dan boleh dianggap sebagai "Man For All Seasons".

Memang amat bersesuaian gelaran 'Seniman Agung' untuk beliau. Beliau sememangnya berhak dengan gelaran "Seniman Agung" (walaupun tidak ada pengiktirafan secara resmi sama ada dari pihak media atau pun kerajaan atau pun badan2 persatuan seni atau sebagainya. Penghormatan gelaran 'Seniman Agung' untuk beliau bukan hanya sekadar beliau hanya cemerlang (excel) dalam bidang seni lakunan sahaja. Akan tetapi beliau adalah seorang seniman yang lebih dari sebarang seniman yang ada dan yang pernah wujud dimuka bumi Malaysia ni - baik dulu maupun kini. Beliau bukan hanya boleh menyanyi sahaja .... bukan hanya popular dengan hanya satu dua lagu sahaja atau satu jenis rentak sahaja tetapi tiap2 lagu beliau mendapat tempat dihati semua peringkat umur. Keterampilan beliau dalam bidang seni suara (dgn suaranya yg lemak merdu) amat menyerlah sekali dalam apa saja bentuk nyanyian - dalam pelbagai genre baik lagu2 berirama suka duka asli keroncong lawak-jenaka dan berbagai2 lagi (lihat sajalah lagu2 yang di dapati dari filem2 beliau). Ini tidak ada pada artis2 kita yang juga popular kini.

Kalau seniman Jamal Abdillah juga seorang seniman yang hebat dan sangat popular .... tetapi dia hanya excel dalam bidang nyanyian sahaja .... maka tidaklah wajar diberi gelaran 'seniman agung' kepada beliau .... wahai Rosyam Nor. Kerana sifat 'agung' atau 'sesuatu yang agung' atau sifat 'keagungan' itu merangkumi sesuatu yang menyeluruh dan kesemuanya menyerlah dan hebat2 belaka ... iaitu semuanya cemerlang dan gemilang ... dan mempengaruhi segenap lapisan masyarakat dan dari generasi ke generasi sepanjang zaman .... barulah boleh di anggap sesuatu itu bersifat 'agung'.

Friday, January 23, 2009

PUAK PUAK UMNO(BARUA) KALAU PASAI MAIN SILAP MATA SERAH KAT DEPA LA .......
NOW YOU SEE ..... NOW YOU DON'T .....
BETOI MACAM KATA SUDIN (DLM PENDEKAR BUJANG LAPOK - ALIF TOLAK MIM .... MIM TOLAK NUN .... NUN TOLAK WAU = SARKIS (ALIF MIM NUN WAU - ALIF TOLAK WAU - NUN DI ZAMAN TAHUN BILA TU? IN THE FIFTIES BEB - DEPA SUDAH NAMPAK DAN SUDAH BOLEH BAYANG APA AKAN TERJADI PADA ALIF MIM NUN WAU - WOWWWWWW!!!!)


written by ladasiber, May 20, 2008 19:10:49

Dalam cerita pendekar bujang lapuk; Sudin cakap 'Alif tendang Wau=Sarkis'. Jadi Alif Mim Nun Wau memang dah jadi sarkis sekarang ni. Ada flip flop, ada macam katak, paling banyak main silap mata - menghilangkan harta rakyat.

Betul kata Sudin tu....

Anonymous said...
betul tu...

ada satu cerita P Ramlee mengajar murid mengeja. 'Murid2 ALIF MIM NUN WAU (U M N O) jawapannya SARKAS'.

macamana P Ramlee boleh terfikir untuk buat skrip tu pun kita tak tahu...
Wednesday, May 21, 2008 10:20:00 AM.
P.RAMLEE PUN LEBIH DARI AWAI AWAI LAGI DAH ADA VISION NYA ...... BUKAN MAHATHIR SORANG SAJA DGN VISION 2020 NYA TU. KALAU NAK KIRA MELALUI APA YG DI TONJOLKAN DIDALAM APA YG DIGAMBARKAN DLM FILEM-FILEMNYA MEMANG BANYAK SEKALI.
CONTOHNYA:
1) VIDEO PLAYBACK DIDALAM CERITA FILEM NYA 'PANCA DELIMA' DIMANA DEPA (watak dlm filem tu lah - Hero & Heroine) BOLEH TENGOK BALIK IMBASAN PERISTIWA YG LALU (PAST INCIDENTS) MACAM KITA DOK TENGOK TV, VIDEO, VCD/DVD DIZAMAN LA.... LA .... NI LAH. (Masa time P. Ramlee bikin filem tu (tahun 1957) .... mana ada terpikiaq kita boleh merasa kemudahan yg boleh kita kecapi dimasa la ni).
2) Dalam filem Bujang Lapok (siri yg mula) - ada satu lagu yg dinyanyikan P.Ramlee berduet dgn Normadiah (lagu Resam Dunia) - menggambarkan keadaan dunia dan manusia secara 'am nya - iaitu :-
Dunia ini hanya palsu .......
manusia berdusta
Kebanyakan suka menipu
Gemar membuat dosa

Dunia penuh dengan noda

Dunia penuh dosa

Kebanyakan tipu dan daya

Mengikut nafsu murka

(perempuan):

Ada pula yang salah sangka

Banyak yang salah teka

(lelaki&perempuan sekali):

Pasir disangka intan

Batu disangka berlian

dan seterusnya .... dan itulah messagenya yg hendak disampaikan melalui lagu ciptaannya itu dengan lirik oleh sdr S.Sudarmaji. Memang tepat sekali apa yang berlaku dan yang terjadi, telah dan sering berlaku dan akan terus berlaku keatas manusia di dunia ini. Semua boleh pandang dan lihat sendiri apa yg berlaku dan telah berlaku disekeliling kita.

Pendek kata .... bukan hanya lagu itu sahaja, malah banyak lagi lagu-lagu ciptaan P.Ramlee yang lain banyak memberi makna yang tersirat.

3) Dalam filem Seniman Bujang Lapok pula, masalah queue (beratur mengikut giliran) telah ditunjuk ajar olehnya untuk kita berdisiplin ikut tertib, ikut giliran (jangan potong queue) walau pun masa nak kejamban nak buang air sekalipun (tak kiralah nak buang air kecik ka besar ka). Tak payah ada tanda 'SILA BERATUR' para pengguna jamban yg hanya satu itu dgn sendirinya sudah tahu akan apa yg sepatutnya dilakukan - iaitu beratur ikut giliran - YANG DULU DI DULUKAN .... YANG KEMUDIAN DIKEMUDIAN KAN ....
Ini pula macam dialog si M.Zain (sebagai Labu) dari filem 'Nasib Si Labu Labi'.... dalam mencabar saingannya, si Labi untuk lawan secara halus-halusan ikut tata-tertib YANG DULU DIDULUKAN - YANG KEMUDIAN DI KEMUDIANKAN - iaitu dalam perlawanan boksing bagi menentukan siapa yg lebih layak keatas gadis idaman mereka (iaitu Manisah, anak bos mereka sendiri, Tuan Hj Bakhil).
4) Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) pula, dia menggambarkan cara penggunaan 'code' rahsia untuk membuka sesuatu tempat yg menyimpan barang-barang berharga, rahsia & sulit. Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok - itulah lagu 'Nia inson mato kaji .......' yang dilagukan untuk membuka pintu gua 'rahsia' mereka. Silap menggunakan cara dendangan lagu itu (seperti apa yg di lakukan oleh Sudin sebagai Kassim Baba yg bersifat tamak lagi haloba) telah tidak dapat mengarahkan pintu 'gua rahsia' memberi respon terhadap 'code' lagu dendangan Sudin sebagai Kassim Baba yang sudah panic dan menggelabah ketakutan. Ini kerana dia sudah tenggelam punca dan fikirannya naik buntu disebabkan kesilapan tidak dapat mendendangkan lagu dgn betul dan sempurna bagi pintu-gua memberi respon.
'code' lagu yang diperkenalkan oleh P.Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok nya adalah mengikut sistem 'sound' - ini mungkin agak lebih 'advance' lagi, kerana ianya mengikut arahan bunyi suara mengikut alunan lenggok lagu yang di dendangkan mengikut lagu 'nia inson mato kaji ........' itu.
Dan lihatlah sekarang bermacam-macam penggunaan 'code' PIN 'sulit' digunakan untuk bermacam-macam transaksi dalam urusan kita dgn berbagai-bagai kemudahan seperti kemudahan ATM dan peti simpan ('safe' atau peti besi) dan Safe Deposit Box di bank-bank. Sebelum benda ini diperluaskan - memang ada diguna hanya untuk penggunaan penyenggaraan 'Bilik Kebal' atau 'Strong-Room Vault' untuk bank-bank sahaja atau sebagainya bagi menyimpan wang dan harta-harta yang berharga dan bernilai tinggi.

Sistem penggunaan 'lif' dibangunan-bangunan multi-storey pun ada kaitan dalam penggunaan 'code' bagi membuka dgn cara menekan punat bagi pintu-pintu lif memberi respon untuk buka dan tutup apabila diberi arahan dengan cara menekan punat (code)nya untuk memberi arahan kepada pintu lif samaada untuk 'buka' atau 'tutup'. Itu juga berdasarkan penggunaan 'code' juga.

Dengan sistem bunyi atau 'bertindak atas 'sound' macam yang digambarkan oleh P.Ramlee dalam cara membuka pintu-gua oleh Ketua Penyamun dengan suara dendangan lagu 'nia inson mato kaji ....' itu, amatlah merupakan sesuatu yang lebih canggih lagi jika dibandingkan dengan sistem-sistem lain.

Dalam keadaan dan suasana yang lebih canggih seperti inilah dan dengan berkembang pesatnya akan teknoloji dalam sistem ICT ini, malah sistem 'code' untuk sebarang respon dan transaksi kini ada yang boleh dilakukan dengan reaksi dari respon mengikut bunyi (sound). Ini sama juga seperti sistem ketua penyamun (filem Ali Baba Bujang Lapok) menyanyikan lagu buka pintu guanya 'nia inson mato kaji ....' hingga menyebabkan pintu gua itu bertindak atas 'sound' mengikut lagu yang telah di set (ditentukan) mengikut kehendak dan ketentuan yang dipersetujui hinggakan membuat pintu gua itu lantas terbuka (berdasarkan bunyi atau 'sound' yang membuat sistem pintu-gua itu memberi respon yang 'compatible' dengan 'sound' yang di lontarkan).

Ini banyak berlaku pada sistem bangunan yang bercirikan intelligent yang disebut 'smart' system - 'Intelligent Buildings' atau 'Smart Buildings' yang bercirikan sistem 'sensors' dan 'sounds'. Ini sudah dikira paling tercanggih sekali dalam sistem terkini.

5) Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok juga kita dapat melihat gambaran watak Ali Baba (yg di bawa oleh Aziz Satar) semasa didalam gua penyamun mengambil 'helmet' (sejenis 'topi besi' - istilah yang kita selalu gunapakai seketika dulu). Katanya 'ini untuk mempertahankan diri' semasa beliau hendak menggunakan kenderaan (iaitu beca roda tiga) yg digunakannya untuk membawa pulang barangan berharga berupa wang emas yang dikebasnya dari gua penyamun.

Pada masa itu (masa pembikinan filem itu pada sekitar tahun 1961), mana ada lagi bentuk undang-undang digubal untuk para pengguna kenderaan beroda (untuk kenderaan bermotor seperti motorsikal) supaya menggunakan 'topi keledar' sebagai alat ciri-ciri keselamatan - sama seperti ungkapan Ali Baba 'untuk mempertahankan diri' - bermaksud untuk keselamatan dirinya lah tu - iaitu semasa menunggang kenderaan berodanya untuk lekas pulang segera kerumah.

Dan apakah inilah dia bermulanya sistem keselamatan itu dengan ciri-ciri keselamatan dalam penggunaan 'crash helmet' atau istilah baru 'topi keledar' menggantikan istilah 'topi besi' amat relevan sekali dan menjadi suatu keperluan bagi menjaga keselamatan individu sebagai pengguna kenderaan bermotor (motorsikal (beroda dua) ataupun tricycle (kederaan bermotor beroda-tiga).

Dan ianya terus menjadi amat relevan dalam apa bentuk ciri keselamatan dalam penggunaan 'helmet' bukan sekadar untuk pengguna motor sahaja, malah untuk lain-lain bidang juga seperti pada para pekerja di site-site pembinaan dan kilang-kilang yang banyak mengundang risiko.

6) Dalam filem Tiga Abdul (awal 60an) pula kita boleh lihat betapa buruknya akibat perlakuan dan perbuatan cara menerima habuan 'buta' atau melalui 'untung atas angin' melalui 'persen' 10%, 20% dsbnya .... seperti apa yang ditunjukkan oleh pelakun watak yang dipegang oleh Salleh Kamil sebagai penasihat kepada saudagar putar-belit, Ismet Ulamraja yang di bawa oleh Ahmad Nesfu.

Inilah salah satu penyalah-gunaan dalam sistem urusniaga yang sering dilakukan oleh ahli-ahli usahawan kita sekarang yang dikatakan 'golongan koporat' dan pihak-pihak pemimpin yang berkuasa dan berpengaruh dari dalam kalangan parti pemerintah sendiri. Dengan cara sebegitulah mereka mengecapi kekayaan yang begitu ketara dan mendadak dengan serta-merta secara tiba-tiba (become rich overnight). Maka dengan itu rasuah dan penyelewengan dan salahguna kuasa sering berlaku dan berkembang biak dari atas hinggalah merebak keperingkat bawah dan kini terus semakin menjadi-jadi.

Itulah yang dikatakan dalam lirik lagunya ..... 'Dunia ini hanya palsu .... manusia berdusta ..... kebanyakan suka menipu ....... gemar membuat dosa'.

'Gemar membuat dosa' bermakna mereka yang terlibat dalam kegiatan buruk dan kotor seperti ini sememangnya tahu akan perbuatan itu salah disisi undang-undang dan berdosa disisi agama .... tetapi oleh kerana gemar akan sesuatu .... maka jadilah ianya suatu jenis 'hobi' - suatu kegemaran (tanpa mengira dosa pahala lagi).

Dan inilah yang sering berlaku sekarang.

P.RAMLEE TETAP UNGGUL DAN TETAP HEBAT

Artikel dalam CUBIT MANJA bersama SitiJarum (di Mingguan Malaysia Ahad 11 Mei 2008):
BARU-BARU ini terbit sebuah lagi buku mengenai P. Ramlee. Buku Filem-Filem P. Ramlee yang ditulis oleh Mustafar A.R dan Aziz Sattar bagi Siti banyak memberikan maklumat-maklumat baru tentang P. Ramlee dan filem-filemnya. Sebenarnya sebelum ini sudah banyak buku tentang P. Ramlee tapi Siti tengok buku ini agak lain.
Siti tertarik dengan pendedahan yang dibuat oleh kedua-dua penulis buku ini terhadap beberapa filem P. Ramlee. Siti sebenarnya tak berapa kenal P. Ramlee, maksudnya tak pernah jumpa dan tak tau apa-apa selain filem-filemnya.
Komen: Kalau nak tau lebih lanjut - sila berhubung atau pergi merujuk pada Yusnor Ef atau pun Aimi Jarr (kedua-duanya masih hidup lagi). Ini kerana mereka berdua amat rapat dan lebih dekat lagi mesra dalam hubungan rapat (seperti keluarga) dengan P. Ramlee sendiri dan juga seluruh keluarga P. Ramlee semasa hayatnya di Singapura dulu. Itu pun kalau awak teringin nak tahu walaupun awak tu tidak berminat dengan orang yang dah mati. Arwah dan macam nak memuji-memuja roh simati pulak jadinya. Kalau tidak lupakan sajalah. Tentang Aziz Sattar tu hanyalah setakat rakan atau kawan di studio dan di warung-warung kopi saja - tidak lebih dari itu. Nampaknya sekarang dia sudah banyak bersuara tentang hal ehwal P. Ramlee.
Buku ini Siti jangka akan mencetuskan kontroversi terutama kalangan pengagum ekstrem P. Ramlee. Ini kerana ada beberapa filem P. Ramlee yang kita tengok sebenar-benarnya diambil dari filem luar, Siti tak kata ciplak cuma bukanlah idea asli daripada P. Ramlee.
Komen: Para penggemar dan pengagum ekstrem P. Ramlee bukanlah tidak akur tentang P. Ramlee punya pembikinan filem-filemnya ada unsur-unsur yang diambil atau diceduk dari filem luar. Itu sudah menjadi kebiasaan pada zaman itu. Malah sebelum pengarah Melayu seperti P. Ramlee dan lain-lain mengambil tempat, telah pun banyak filem-filem Melayu yang dihasilkan oleh pengarah-pengarah dari India (imported macam juga pemain-pemain bola liga Perdana dan Super kita kini). Lihat sajalah, semuanya mengikut rentak dan gaya filem Hindustan dan Tamil juga. Itulah hakikatnya. Namun setelah filem Melayu diambil alih oleh P. Ramlee, walaupun ceduk menceduk dan tiru meniru disana sikit disini sikit (bukan secara bulat-bulat) sekadar mengambil idea, beliau tetap dapat menghasilkan dengan jayanya dengan mencorakkan unsur keMelayuan dalam hasil karyanya - baik di filem maupun dalam ciptaan lagu samada lagu latar ataupun lagu-lagu ciptaan untuk dendangan para pelakun wanita dan lelaki didalam filem-filem Melayu selepas pengambil-alihan oleh pengarah-pengarah Melayu ketika itu.
Misalnya filem Pancha Delima yang dikatakan menggaulkan Cinderella, The Beauty and the Beast, Madame White Snake dan Kingdom and the Beauty.
Menurut buku ini, dialog Pancha Delima yang di tulis oleh S. Sudarmaji berbentuk syair sama seperti filem Hong Kong, The Kingdom and the Beauty.
Komen: Filem Pancha Delima sudah cukup terang dan jelas yang ianya bukan dari penceritaan Melayu asli (sama ada dongeng bangsawan Melayu - jauh sekali dari segi sejarah). Itu tidak perlu dibincang lagi. Kita pun amat maklum yang filem itu filem dongeng fantasi ala cerita dongeng bangsawan India atau sepertinya. Namun filem itu dapat diolahkan kepada satu bentuk penceritaan yang bercirikan dongengan ala Melayu-Sanskrit (kan kita keturunan Melayu dulu pun bukankah asal-usulnya dari keturunan Hindu (sebelum kemasukan Islam).
Filem Bujang Lapuk pula disadurkan dari filem Hong Kong dan cerita ditulis oleh B.H.Chua. Filem asal itu mengisahkan peristiwa lucu tiga lelaki bujang disebuah rumah pangsa di Hong Kong. Sementara Bujang Lapuk mengenai Ramlee, Aziz dan Sudin, juga orang bujang dan menyewa sebuah bilik.
Komen: Juga tentang cara hidup kaum-kaum bujang akan berlaku persamaan dimana jua. Akan tetapi setiap perlakuan tidak mungkin berlaku sama seperti yang pernah berlaku disesuatu tempat. Namun jika diambil kira gerak-laku kehidupan sesama rakan-rakan bujang sudah tentulah peristiwa-peristiwa ganjil dan menggelikan akan sentiasa berlaku dan terjadi baik dalam kelompok apa bangsa sekali pun. Filem komedi dibarat, Three Stooges pun mengemukakan peristiwa pengalaman mereka yang pelik dan menggelikan hati.
Begitu juga dengan badut sarkas. Masing-masing mempunyai idea yang seakan-akan sama serupa diantara mereka dimana-mana ceruk dunia, hanya cara persembahan sahaja yang berbeza dan mempunyai kelainan. Itu terpulang kepada kebijaksanaan si yang mempersembahkannya. Tujuan asas semua itu adalah untuk menghiburkan para penonton yang melihatnya. Hiburan untuk menghiburkan.
Sementara filem Sumpah Orang Minyak pula, watak Si Bongkok diambil bulat-bulat dari watak Quasimodo dari filem Hunchback of Notra Dame arahan Wallace Worsley. Latar alam ghaib orang bunian pula diambil dari filem Wizard of Oz, sementara adegan Si Bongkok menjadi kecil dan dimasukkan dalam buyung sama dengan adegan filem Thief of Baghdad.
Komen: Jika latar sesuatu filem yang menggambarkan suasana alam ghaib, sudah tentulah ia akan jadi seakan-akan sama serupa dengan mereka (dari cerita dongengan ala fantasi bangsa lain) yang pernah mempersembahkan hasil karya mereka sebelumnya. Gambaran alam ghaib, alam khayalan, alam fantasi, alam kayangan, dongeng dewa-dewa dan pari-pari (fairy tales) dan sebagainya dari segenap bangsa di dunia mempunyai gambaran dan khayalan yang sama. Ini tidak menghairankan kita semua. Pendek kata semua bangsa didunia mempercayai adanya makhluk dialam ghaib, mempunyai gambaran hantu, jin dan syaitan yang hampir-hampir sama rupa bentuk keadaannya. Jadi tidak mungkin watak Si Bongkok akan jadi tidak seperti watak Hunchback sedangkan watak fizikalnya menggambarkan ianya seorang yang bertubuh bongkok, cacat atau "deformed". Tentang jalan ceritanya pula amatlah tidak boleh dikatakan sama, kerana ia amat jauh beza antara kedua jalan cerita tersebut.
Filem Nujum Pak Belalang diambil dari filem Tom Thumb (1958) arahan George Pal. Watak Tom yang kenit dibawakan oleh Bad Latiff dalam Nujum Pak Belalang. Watak ayah Tom dilakunkan sendiri oleh P. Ramlee.
Komen: Ini juga tidak boleh dibuat rumusan yang watak Belalang itu diambil dari watak Tom Thumb. Watak Tom Thumb dalam cerita itu adalah watak yang lain dari yang lain - watak ganjil - disebabkan bentuk saiznya yang begitu kecil, sedangkan watak Belalang yang dibawa oleh Bat Latiff adalah berbeza - bukannya watak 'Awang Kenit". Ini kerana watak Belalang adalah watak seorang kanak-kanak biasa (normal) yang hanya memiliki kepintaran akal yang lebih cerdik dari bapaknya, Pak Belalang. Namun, cerita dongeng Pak Belalang adalah salah satu dari kumpulan cerita-cerita penglipur lara dongeng Melayu lama. Bukannya terjemahan dari cerita Tom Thumb. Kalau cerita Awang Kenit berkemungkinan besar ada persamaan dengan Tom Thumb - dari segi saiznya.
Apakah maksud si penulis tentang apa yang dimaksudkan istilah 'watak' dalam sesuatu filem lakunan dalam pelbagai penceritaan? Cuba ambil contoh sepasang kembar yang sama serupa-seiras, tapi watak mereka berbeza - tidak sama. Bagaimana? Jadi adakah watak Belalang boleh di samakan dengan watak "Tom Thumb"?
Bukan ini saja, tapi banyak lagi maklumat atau fakta baru kita temui dalam buku ini. Malah buku ini juga membetulkan beberapa fakta yang silap berkaitan dengan filem-filem P. Ramlee sebelum ini.
Siti tak berani nak pastikan pendedahan dalam buku ini benar atau tidak. Kalau nak tau lebih lanjut kenalah beli. Bagaimana pun bbeberapa filem yang dikatakan disadurkan dari filem luar macam ada kemungkinan juga. Tapi bagi Siti, meniru atau menyadur bukanlah isunya asalkan filem itu lebih baik daripada yang asal. Yang jadi masalah kalau meniru tapi hasilnya lebih teruk daripada yang ditiru. Moral ceritanya, untuk meniru pun kena ada ilmu juga sekali pun ilmu meniru.
SITI JARUM: Tiru macam saya.
Akhir kata: Untuk makluman Che Siti atau Puan Siti, bangsa kita pun memang terkenal dengan kegiatan ciplak menciplak, ceduk menceduk, tiru-meniru, pinjam-meminjam, tumpang-menumpang, curi-mencuri sejak dari dulu lagi. Kan kita sekarang cukup hebat dalam segi kegiatan cetak rompak - itulah hasil karya ciplak menciplak secara bulat-bulat lagi.
Begitu juga dengan segala apa yang menjadi kemegahan dan kebanggaan kita seperti bendera Malaysia yang kita sanjungi "Jalur Gemilang". Tahukah anda ianya begitu seakan-akan 'wajah' bendera Amerika Syarikat? Adakah itu satu kebetulan? Sama tapi tak serupa.
Mungkin Amerika Syarikat meniru kita.
Sama juga dengan Tugu Negara kita. Kan nak sama juga dengan yang Amerika Syarikat tugu War Memorial (Iwo Jima). Itu sememangnya kita mengambil idea dari idea Amerika Syarikat? atau Amerika Syarikat yang tiru kita?
Kita juga terkenal dengan meminjam orang punya, kemudian mengaku itu hak mutlak kita.
Ini terjadi pada lagu kebangsaan kita 'NegaraKu'. Cuba buat kajian 'track-record' akan asal usul lagu itu. Sumber-sumber dan fakta-fakta yang saheh dapat dibuat pelbagai 'search' melalui laman-laman sesawang di Internet.
Juga hak mutlak kepunyaan hasil karya dari Indonesia seperti lagu-lagu mereka (yang jadi perbalahan baru-baru ini) iaitu lagu "Rasa Sayang Eh" dan kain corak batek juga hasil dari seberang sana - Batek yang asalnya dari Jawa. Batek Jawa memang terkenal sejak turun temurun lagi.
Begitu juga dengan bahasa kita. Bahasa Melayu kita juga - mana ada yang boleh menunjukkan yang bahasa penulisan Melayu itu hak mutlak asal kita punya?
Kita sekadar boleh mengaku setakat bahasa lisan sahaja - iaitu disegi bahasa pertuturan - bahasa percakapan - bahasa cakap mulut - sebagai medium perantaraan hubungan komunikasi antara kaum-kaum Melayu sejak zaman dulu sebelum kedatangan Islam lagi.
Jika hendak memperkatakan bahasa penulisan - mana ada bahasa penulisan Melayu yang betul-betul asli dan tulin. Sekarang bahasa Melayu menggunakan abjad (a,b,c hingga z) adalah bukan kepunyaan kita. Abjad kepunyaan asal dari barat. Hanya diperguna-pakai sejak kedatangan penjajah Inggeris (disekitar abad ke-18-19). Sebelum itu bahasa Melayu banyak mengguna abjad huruf jawi (asal dari abjad Arab). Pun bukan hak mutlak yang boleh dikatakan kita punya. Itu yang dikatakan 'meminjam'. Itu berlaku sejak kedatangan pengaruh Islam kedalam masyarakat Melayu pada abad ke-15 masehi.
Sebelum itu (sebelum kedatangan Islam), kaum Melayu banyak yang berugama Hindu, animisme, dan pelbagai jenis kepercayaan dan anutan yang berupa sembah berhala dan pagan, menggunakan bahasa lisan sebagai bahasa perantaraan yang kebanyakan juga meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit, Tamil, Urdu, dan bermacam lagi.
Banyak lagi jika hendak disenaraikan akan kepincangan fakta pada kalangan bangsa Melayu kita keseluruhannya. Namun, ramai dikalangan kita pura-pura tak nampak - buat-buat tak nampak - sengaja tak nampak - atau sememangnya tak nampak?
Yang sememangnya tak nampak itu maknanya - mereka itu memang 'buta-kayu' lah.
Jadi dimanakah yang boleh dapat kita yang dikatakan Melayu boleh berbangga mendabek dada akan perkara-perkara seperti yang kita gembar-gemburkan selama ini?
Pakar tiru-meniru



Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email.