written by ladasiber, May 20, 2008 19:10:49
ada satu cerita P Ramlee mengajar murid mengeja. 'Murid2 ALIF MIM NUN WAU (U M N O) jawapannya SARKAS'.
macamana P Ramlee boleh terfikir untuk buat skrip tu pun kita tak tahu...
Dunia penuh dengan noda
Dunia penuh dosa
Kebanyakan tipu dan daya
Mengikut nafsu murka
(perempuan):
Ada pula yang salah sangka
Banyak yang salah teka
(lelaki&perempuan sekali):
Pasir disangka intan
Batu disangka berlian
dan seterusnya .... dan itulah messagenya yg hendak disampaikan melalui lagu ciptaannya itu dengan lirik oleh sdr S.Sudarmaji. Memang tepat sekali apa yang berlaku dan yang terjadi, telah dan sering berlaku dan akan terus berlaku keatas manusia di dunia ini. Semua boleh pandang dan lihat sendiri apa yg berlaku dan telah berlaku disekeliling kita.
Pendek kata .... bukan hanya lagu itu sahaja, malah banyak lagi lagu-lagu ciptaan P.Ramlee yang lain banyak memberi makna yang tersirat.
Sistem penggunaan 'lif' dibangunan-bangunan multi-storey pun ada kaitan dalam penggunaan 'code' bagi membuka dgn cara menekan punat bagi pintu-pintu lif memberi respon untuk buka dan tutup apabila diberi arahan dengan cara menekan punat (code)nya untuk memberi arahan kepada pintu lif samaada untuk 'buka' atau 'tutup'. Itu juga berdasarkan penggunaan 'code' juga.
Dengan sistem bunyi atau 'bertindak atas 'sound' macam yang digambarkan oleh P.Ramlee dalam cara membuka pintu-gua oleh Ketua Penyamun dengan suara dendangan lagu 'nia inson mato kaji ....' itu, amatlah merupakan sesuatu yang lebih canggih lagi jika dibandingkan dengan sistem-sistem lain.
Dalam keadaan dan suasana yang lebih canggih seperti inilah dan dengan berkembang pesatnya akan teknoloji dalam sistem ICT ini, malah sistem 'code' untuk sebarang respon dan transaksi kini ada yang boleh dilakukan dengan reaksi dari respon mengikut bunyi (sound). Ini sama juga seperti sistem ketua penyamun (filem Ali Baba Bujang Lapok) menyanyikan lagu buka pintu guanya 'nia inson mato kaji ....' hingga menyebabkan pintu gua itu bertindak atas 'sound' mengikut lagu yang telah di set (ditentukan) mengikut kehendak dan ketentuan yang dipersetujui hinggakan membuat pintu gua itu lantas terbuka (berdasarkan bunyi atau 'sound' yang membuat sistem pintu-gua itu memberi respon yang 'compatible' dengan 'sound' yang di lontarkan).
Ini banyak berlaku pada sistem bangunan yang bercirikan intelligent yang disebut 'smart' system - 'Intelligent Buildings' atau 'Smart Buildings' yang bercirikan sistem 'sensors' dan 'sounds'. Ini sudah dikira paling tercanggih sekali dalam sistem terkini.
5) Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok juga kita dapat melihat gambaran watak Ali Baba (yg di bawa oleh Aziz Satar) semasa didalam gua penyamun mengambil 'helmet' (sejenis 'topi besi' - istilah yang kita selalu gunapakai seketika dulu). Katanya 'ini untuk mempertahankan diri' semasa beliau hendak menggunakan kenderaan (iaitu beca roda tiga) yg digunakannya untuk membawa pulang barangan berharga berupa wang emas yang dikebasnya dari gua penyamun.
Pada masa itu (masa pembikinan filem itu pada sekitar tahun 1961), mana ada lagi bentuk undang-undang digubal untuk para pengguna kenderaan beroda (untuk kenderaan bermotor seperti motorsikal) supaya menggunakan 'topi keledar' sebagai alat ciri-ciri keselamatan - sama seperti ungkapan Ali Baba 'untuk mempertahankan diri' - bermaksud untuk keselamatan dirinya lah tu - iaitu semasa menunggang kenderaan berodanya untuk lekas pulang segera kerumah.
Dan apakah inilah dia bermulanya sistem keselamatan itu dengan ciri-ciri keselamatan dalam penggunaan 'crash helmet' atau istilah baru 'topi keledar' menggantikan istilah 'topi besi' amat relevan sekali dan menjadi suatu keperluan bagi menjaga keselamatan individu sebagai pengguna kenderaan bermotor (motorsikal (beroda dua) ataupun tricycle (kederaan bermotor beroda-tiga).
Dan ianya terus menjadi amat relevan dalam apa bentuk ciri keselamatan dalam penggunaan 'helmet' bukan sekadar untuk pengguna motor sahaja, malah untuk lain-lain bidang juga seperti pada para pekerja di site-site pembinaan dan kilang-kilang yang banyak mengundang risiko.
6) Dalam filem Tiga Abdul (awal 60an) pula kita boleh lihat betapa buruknya akibat perlakuan dan perbuatan cara menerima habuan 'buta' atau melalui 'untung atas angin' melalui 'persen' 10%, 20% dsbnya .... seperti apa yang ditunjukkan oleh pelakun watak yang dipegang oleh Salleh Kamil sebagai penasihat kepada saudagar putar-belit, Ismet Ulamraja yang di bawa oleh Ahmad Nesfu.
Inilah salah satu penyalah-gunaan dalam sistem urusniaga yang sering dilakukan oleh ahli-ahli usahawan kita sekarang yang dikatakan 'golongan koporat' dan pihak-pihak pemimpin yang berkuasa dan berpengaruh dari dalam kalangan parti pemerintah sendiri. Dengan cara sebegitulah mereka mengecapi kekayaan yang begitu ketara dan mendadak dengan serta-merta secara tiba-tiba (become rich overnight). Maka dengan itu rasuah dan penyelewengan dan salahguna kuasa sering berlaku dan berkembang biak dari atas hinggalah merebak keperingkat bawah dan kini terus semakin menjadi-jadi.
Itulah yang dikatakan dalam lirik lagunya ..... 'Dunia ini hanya palsu .... manusia berdusta ..... kebanyakan suka menipu ....... gemar membuat dosa'.
'Gemar membuat dosa' bermakna mereka yang terlibat dalam kegiatan buruk dan kotor seperti ini sememangnya tahu akan perbuatan itu salah disisi undang-undang dan berdosa disisi agama .... tetapi oleh kerana gemar akan sesuatu .... maka jadilah ianya suatu jenis 'hobi' - suatu kegemaran (tanpa mengira dosa pahala lagi).
Dan inilah yang sering berlaku sekarang.
Betul kata Sudin tu....