Tuesday, August 3, 2010

The Young & skinny P.Ramlee in Broadway mood

Saloma dgn gayanya yang mempesonakan

SALOMA JUGA MEMPESONAKAN & MENGKAGUMKAN

SALOMA sebagai IKON FESYEN
Merujuk kpd suatu program tv dimana ada memuatkan paparan mengenai Saloma sebagai Ikon Fesyen dgn membuat tinjauan dari kalangan para artis2 dan orang awam ..... sememangnya amatlah bertepatan dan memang terbukti pada realitinya. Sejak dari masa zaman popularitinya sedang memuncak lagi .... sudah ada satu macam punya 'trend' dimana gadis2 Melayu banyak memperagakan fesyen potongan baju atau pakaian maupun fesyen rambut ikut gaya Saloma. Hingga ke hari ini pun ada lagi yang masih memperagakan fesyen 'gaya Saloma'.

Namun disebalik fesyen pakaian yang dipakainya ...... Saloma lebih menyerlah dari segi penampilan nya dalam apa saja baik dalam gaya berjalan, gaya lenggang-lenggoknya (body movement), gaya menyanyi dgn suaranya yg begitu lunak, lemak merdu sekali, dan gaya menari, gaya memberi senyuman, gaya kerlingannya, gaya berkata-kata, gaya jelingan manjanya, - pendek kata dalam apa saja bentuk penampilan beliau - semuanya menarik dan memikat hati siapa yg melihatnya. Orang akan suka dan gemar pada tingkah laku, gerak geri seseorang itu apa pula lagi dgn penampilannya disegi berpakaian yg menarik lagi menawan.


Keterampilan seseorang itu disini memainkan peranan penting atau faktor utama dalam memperkuatkan unsur2 'daya tarikan' (magnetic pull). Kekuatan 'daya tarikan' yang dimaksudkan seperti inilah akan menjadikannya sentiasa dlm keadaan tumpuan mata umum memberi fokus sebagai 'centre of attraction'. Sesuatu yang menyerlah atau 'outstanding above others' akan sentiasa menjadi perhatian umum. Disitulah kelebihannya disamping aksi style dan gayanya dalam penampilan fesyen berpakaian dan dandanan rambutnya.

Memang tepat sekali. Cuba perhatikan dari gaya dan aksi penampilannya di filem2 yg sering di tayangkan di tv.

Lihat sajalah gaya dan aksinya ..... penampilannya dgn apa bentuk fesyen pakaian yang di pakainya semuanya cukup bersesuaian sekali dgn bentuk susuk tubuhnya. Selalunya, bagi seseorang yg cantik dan pandai bergaya .... orang selalu nanti kata ....."....si anu tu memang pandai bergaya sebab apa yg dipakainya semuanya masuk". Maksudnya setiap pakaian yg di pakainya sememangnya menarik perhatian orang ...... menarik mata memandang. Ada daya tarikan lah tu.

Memang tidak boleh disangkal lagi ..... lihat sajalah Saloma yg bersusuk tubuh yg cute .... kecil molek .... genit lagi semasa memegang watak sebagai seorang jururawat berpakaian seragam (uniform) seorang jururawat (nurse) dlm filem 'Seniman Bujang Lapok' pun menarik .... cantik lagi menawan ..... padahal uniform jururawat tu bukannya ada bercorak berfesyen yg begitu special seperti 'dressing' yg para peragawati sering memperagakan di atas pentas 'catwalk'. Uniform jururawat tu memang standard punya 'cutting' untuk semua kaum sejenisnya guna semasa bertugas. Tapi bila dipakai oleh Saloma (dlm filem tersebut) ada satu macam punya tarikan. Ini mungkin disebabkan keadaan susuk tubuhnya yang cute, kecil molek lagi genit itu. Cuba kalau seorang jururawat yg jenis 'heavyweight champion' pakai ...... sudah tentu tidak akan menunjukkan 'that something' macam gaya penampilan Saloma dgn pakaian seragam jururawat itu. 'That certain touch' menyebabkan 'that certain feeling' yang membuatkan keadaan seperti itu 'happened'.
Kalau sekarang ni ramai yang ghairah menyebut 'happening'.

Begitu juga dgn penampilan beliau bila berpakaian ala barat .... bergaun paras lutut sepertimana dlm filem itu juga semasa 'scene' dalam taman dalam aksi intro lagu 'Gelora'.

Cuba perhatikan lagak dan gaya dia menari2 berpusing2 dgn gaunnya berkembang bagaikan payung (parachute mengembang) dgn langkah dan 'step'2nya mengikut alunan rentak lagu intro 'Gelora' sebelum lontaran vokalnya bermula. That part bagi ku sangat menarik dan tidak jemu2 bila menontonnya walaupun berkali2.

Juga, cuba perhatikan bila dia mengenakan pakaian Melayu seperti berkebaya moden (berkebaya pendek). Cukup menarik. Cukup mempesonakan. Lihat saja semasa aksinya menyanyikan lagu 'Bila Larut Malam' bersama Pancha Sitara dlm filem 'Labu dan Labi' dgn corak kebaya moden bercorak songket. Juga jika dilihat di filem2 P.Ramlee dimana beliau menampil sebagai penyanyi mendendangkan lagu2 popularnya dgn bergaya dgn pelbagai jenis fesyen pakaian baik yg ala barat maupun jenis fesyen kebaya Melayu sama ada kebaya pendek, kebaya moden, kebaya midi, kebaya labuh dan sebagainya amat mempesonakan sesiapa saja yg menontonnya.

Cara beliau berpakaian bukan sahaja semata2 menarik tapi ditambah lagi serinya dgn cara dan gaya, gerak gerinya ketika berjalan ..... ketika berlenggang .... dengan lenggoknya yang bersahaja serta bersesuaian dgn susuk tubuhnya. Tidak keterlaluan. Sederhana tapi menawan. Menawan hati sesiapa yg melihatnya ... memikat hati kerana sedap mata memandang. Tidak seperti sesetengah orang bila bergaya dgn fesyen yg menjolok mata ..... tambah lagi dgn aksi yg keterlaluan dan melampaui batas2 adab sopan wanita Melayu.

Memang tepat sekali .... inilah contoh yg terbaik - inilah dia

Saloma sebagai IKON FESYEN

Comic-sketch of the Arabian-Nights flavour

Singing Style of Saloma plus Pancha Sitara